Wednesday, June 30, 2010

Wanita Islam perlu menuntut ilmu Agama

Kewajipan menuntut ilmu agama adalah kewajipan semua muslim dan muslimah yg telah balig dan berakal (mukallaf). INi jelas dr hadis: Maksudnya: Menuntut ilmu agama adalah kefarduan kepada org Islam lelaki dan perempuan."(Hr Ibnu Adi dan Baihaqi) Mengajar agama wanita dan anak2 adalah satu kewajipan org2 yg Islam yg berilmu.

Ini jelas dr suruhan Nabi s.a.w: "Baliklah kamu ke pangkuan anak isteri kamu. Ajarlah mereka cara beribadat dan solatlah bersama mereka" (Hr Bukhari dan Muslim)

Malahan Nabi s.a.w memenuhi permintaan wanita untuk mengadakn pengajian yg khusus bg mereka. Ini jelas dr hadis riwayat Abi Saiid al-Khudri yg berikut: "suatu hari seorang wanita datang berjumpa baginda s.a.w lalu berkata "Org2 lelaki mendapat hadis drpadaMu.

Oleh kerana demikian kami nak minta supaya diperuntukkan hari untuk kamu mengajar kami drpd Ilmu yg telah Allah ajar pdmu." Nabi s.a.w menjawab "Berhimpunlah kamu semua pd hari sekian2 dan ditempat sekian2." Maka para wanita berhimpun pd hari dan tempat yg telah ditetapkan lalu Nabi s.a.w datang mengajar mereka."(Hr Bukhari dan Muslim) Drpada hadis ini kita dapat ambil:-

1. Kesungguhan dan rasa cemburu dalam menuntut Ilmu.
2. Membuat pengajian khusus untk wanita.
3 Kepentingan dan kewajipan menuntut ilmu agama bg Wanita.

Wanita hendaklah bersungguh2 mnuntut ilmu serta tidak segan silu atau malas untuk bertanya tentang perihal agama mereka kepada org yg alim. Hadis dibawah menunjukkan kepada yg demikian:- "Suatu ketika Ummu Sulaim datang berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata "Sesungguhnya Allah tidak malu untuk menyatakan kebenaran . Adakah wanita wajib mandi jika dia bermimpi ?" Nabi s.a.w kate "Ya, jika dia melihat ada air mani."(Hr Bukhari)

Menuntut ilmu hendaklah dgn perlulah pergi ke majlis ilmu dan tidak cukup sekadar membaca atau melayari internet. Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dgn belajar" Ulama berkata "Sesungguhnya ilmu itu hanya diambil dr mulut2 para ulama (maksudnya kena pergi sendiri majlis ilmu).

Nabi s.a.w pun pergi sendiri menuntut ilmu dgn gurunya Jibril di gua hira. Jadi mengapakah anda malas untuk pergi majlis Ilmu?? Majlis ilmu adalah taman syurga seperti yg disebut dlm hadis Sohih. Ilmu yg wajib dituntut setiap manusia adalah Ilmu Fekah, tauhid dan tasauf.
Hotel2 di sekitar gazzah mula di robohkan
Habis tempat membeli belah yg murah di sini

Kembali ke Haram
Senja di gazzah
Maulud nabi
Hj Busu Mukminin Travel bersam jemaah

Persiapan majlis pernikahan di masjidil haram

Tuesday, June 29, 2010

Makan dan minum berdiri

Makan dan minum berdiri adalah makruh menurut pendapat kebanyakan ulama. Ini berdasarkan hadis2 berikut:-

Abu said al-khudri berkata:
"Sesungguhnya Nabi s.a.w menegah daripada minum berdiri."(Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Janganlah seseorang kamu minum berdiri; sesiapa yg terlupa maka hendaklah dia muntahkan kembali"(Hr Muslim)

Daripada anas dan qatadah r.a daripada Nabi s.a.w: "sesungguhnya baginda menegah daripada minum berdiri." Para sahabat r.a bertanya "Bagaimana dgn makan?" Nabi s.a.w bersabda "Itu lebih jahat dan lebih keji"(Hr Muslim)

Sebab ape ianya dilarang??? Berikut adalah pandangan dari pakar perubatan:-

Dr Abdul Razzak al-Kailani berkata:

"Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang.

Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Adapun pandangan drpd dr Ibrahim ar-Rawi adalah sprti berikut:

Apabila seseorang itu berdiri dia dlm keadaan ototnya menjadi tegang (strain) . Pada masa yg sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot , utk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sisitem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dgn cara yg betul.

Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri sprti berikt:

Ibnu Umar berkata: "Kami makan berjalan dan minum berdiri di zaman Rasulullah"(Hr Tirmizi)

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya Nabi minum zam zam dlm keadaan berdiri."(Hr Bukhari dan Muslim)

KAPAL TERBANG CL NAK BALEK
SEPETANG DI HARAM
TAWAF SEBELUM MAGHRIB
SOLAT MAGHRIB DI TEPI KAABAH


MENANTI MAGHRIB

Monday, June 28, 2010

Sepatutnya kita bersyukur dijadikan seorang manusia.....





Tanpa sedar Melayu Islam sepertimanakita di Malaysia ini banyak dipengaruhi oleh adat sehingga ada yangmembawa kepercayaan khurafat lantas menjurus kepada syirik. Justeruadalah lebih baik untuk kita balik kepada ajaran islam yang sebenarbagi mengelakkan kita terjerumus ke lembah syirikseterusnya mempertingkatkan rasa syukur kita dijadikan sebagai Manusiadimuka bumi Allah ini. Ustaz membawakan satu kisah bagi membuka fikrahsemua:
Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakanAllah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergimenemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “Hai kerbau apakah kamu senang setelahdijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab,“Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telahmenjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nyasebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”.Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekorkelawar.
Malaikat Jibril AS mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, “Hai kelawar apakah kamusenang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar”. “MasyaAllah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telahmenjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nyaseekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya sajamenggunakan perutnya”, jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu punMalaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedangmerayap di atas tanah.
Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang setelah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, “Masya Allah,alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan akusebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorangmanusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidakberamal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya”.
Sempurnakah Iman kita sekarang? Sejauh mana pula rasa syukur kita diciptakan oleh Allah taala sebagai seorang manusia? Jawapannya ada pada diri masing-masing..
Posted by Picasa

Sunday, June 27, 2010

Iblis....


Hadiah dari Hj Azrul Denex.Com Berupa Maggi
dan sebuah pesawat MAS...Syukran

D Saji Katering
Di Hotel Manazil Al Waleed
Tn Hj Amsyar Ketua Operasi Katering D Saji

Sempena pelancaran katering felda d saji
Jemaah Imtiyaz Travel Makan tgh hari secara percuma
dan juga kehadiran sahabat2 dari Mekah...
Ust Fadil Imtiyaz Travel bersama pertugas katering d saji

Jemaah Imtiyaz seramai 29 orang
Jemaah paling tua Che Ah berumur 103 tahun...Masyaallah


Bagus....
CL cuti hujung minggu bertandang di hotel manazil

Kehadiran unit pengambaran RTM

Pemberita dan jurugambar RTM berada
di hotel Manazil buat pengambaran katering d saji
dan juga pengambaran ucapan hari raya.....Syukran untuk unit RTM


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.


Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?


1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah..